Tuesday, 13 March 2012

ika nak share satu cerita yg sangat menyentuh hati nurani ika ni...kisah ni bukannya pasal diri ika pun..tapi cukup lah utk menjadi renungan bersama....selamat membaca....=)


kisah cinta biasa.

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang

semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya

ketika bersandar dibahunya.

 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya

harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya

mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya

seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta

berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang

sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak

pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.

Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan

suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan

saya terhadap cinta yang ideal.



Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya

kepadanya,bahawa saya inginkan penceraian.

 "Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

 "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."

Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak

seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.



Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat

mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?

Dan akhirnya dia bertanya.



"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung

matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.



"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti,

Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga

cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang

memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan

untuk Siti?"



Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya

esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.



Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas

dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat

yang bertuliskan...





'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan

Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan

hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.





"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya

dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari

Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."



"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang

harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu

untuk Siti ketika pulang."



"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan

ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus

mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu

dan membawa Siti pulang ke rumah."



"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang

setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan

mengurut kaki Siti yang sengal itu."



"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan

menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan

Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar

yang Abang alami."



"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk

kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita

tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan mandikanmu."



"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai,

menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna

bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."



"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati.

Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian

Abang."



"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih

daripada Abang mencintai Siti."



"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki,

mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari

tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."



Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi

kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.



"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti

puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di

rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang

berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas

hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang,

dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila

Siti bahagia."





Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya

segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu

dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan

saya.



Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari

dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah

beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat

memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu

telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.



"HARGAILAH SESIAPA JUA YANG MENYINTAI DIRI ANDA....."

"KERANA...HANYA YANG MENYINTAI DIRI KITA YANG AKAN RELA

BERKORBAN APA JUA UNTUK DIRI KITA.....SEMOGA BERBAHAGIA..."


2 comments: