Monday, 3 December 2012

are leaders born or made????

pernah dgr perkataan leadership??  mesti wajah presiden atau perdana menteri yang berlegar di fikiran. atau wajah ketua kelas yg pegang rotan bulu ayam menghambat bebudak bising dalam kelas. atau pun wajah pengawas sekolah a.k.a pembodek tegar cikgu di sekolah...emm betol la tu..leadership mmg berkaitan dgn segala benda alah tersebut. leadership atau nama bahasa melayu nya kepimpinan adalah satu kemampuan bg seseorang utk menginspirasi kan keyakinan org lain, dan menyokong org lain bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi.

tapi tahukah anda..adakah seorang pemimpin itu mmg dilahirkan utk menjadi ketua atau diasah bakat nya utk dijadikan sebagai pemimpin? hurmm susah jgk erk..kalau nak kata nilai sebagai pemimpin itu mmg sudah wujud dlm diri seseorang tu mmg betul...tp bila seseorang itu dilatih utk menjadi pemimpin pon betul jgk..so acane??

sebenarnya...kedua duanya betul..sebagai contoh Adolf Hitler. macam mana dia boleh meyakinkan berjuta-juta rakyat jerman utk menyokong ideologi komunis nya. bagaimana cara dia boleh menarik rakyat jerman yg snggup berpusu-pusu utk mendengar pidato atau khutbah nya. semua ini kerana sifat kepimpinan mmg sudah wujud dlm diri beliau.  sudah semestinya beliau mmg dilahirkan utk memimpin berjuta-juta rakyat komunis.

bagaimana pula dengan pemimpin yg dilatih utk menjadi seorang pemimpin? lihat saja Steve Jobs seorang CEO syarikat produk elektronik APPLE dan pelopor serta pencipta produk APPLE. beliau adalah seorang yang kerap ponteng sekolah dan tidak langsung bercirikan sebagai seorang pemimpin. namun bagaimana beliau boleh mencapai kejayaan luar biasa dan mengetuai organisasi kepunyaan beliau??  tuah ayam nampak di kaki..tuah manusia tiada siapa yg tahu..namun adakah ini berkaitan dgn tuah? tidak semestinya...seorang yg tidak bertuah pun mampu utk mencapai kejayaan sebagai seorang pemimpin.

pendek kata, utk menjadi seorang pemimpin adalah perkara yg sgt sukar. tak semua org mampu menjadi pemimpin. tp tak mustahil utk sesorang itu menjadi seorang pemimpin yg berjaya.
kalau saya...saya memang dilahirkan utk menjadi pemimpin kut...huhu

anda pulak mcm mana??????







Saturday, 15 September 2012

back to sabah..^^

assalamualaikum......

first of all ika nak wish kat diri ika sendiri "welcome back to sabah"...actually mmg excited nak balik sabah balik...nak jumpa kawan2...pensyarah...nak mengadap assgment..turun naik kuliah..pegi klas..tu semua bende2 yang ika dah rindu sgt nak buat..bila dah sampai sabah ni rase mcm kepulangan semula pulak...heheheh

banyak dah perubahan yg berlaku kat kampus ika UMS KAMPUS CERIA ni..huhu..disebabkan cuti yang terlalu panjang (3 bulan) menyebabkan ika dah jadi kekok ngn selok belok UMS ni...ecehh ! hehehe...emm kwn2 pon ramai yg dah rindu kat ika..dah lame tak berseloroh,bercerita dengan kengkawan kat sabah ni..

utk sem tiga ni ika dah tak duduk hostel..so ika sekarang menyewa di sebuah rumah yang berlokasi di KF a.k.a KINGFISHER,kota kinabalu..emm keadaan rumah yg ika duduk ni boleh tahan ok..sgt best n puas hati la...kira tak rugi la klau menyewa kat umah ni..heheh..ika pon baru first time tinggal menyewa dgn kawan2..so ika baru lagi la nak sesuaikan diri kat rumah baru ni..tp setakat ni belum ade ape2 masalah lg..n harap2 keadaan mcm ni berkekalan la sampai ika abis mnyewa nnt..

azam baru untuk sem baru ni mcm sem2 yang lepas lahh...nak dapat dekan..huhu..insyallah...sem ni ika kene gandakan usaha..gandakan semangat..gandakan tekad..huhu..

emm rasenye tu aje laa yg ika nak merepak kat blog ni..semoga perjalanan ika untuk sem ni dipermudahkan Allah s.w.t...amin..



                                                           rumah bujang ku....=)

Sunday, 29 July 2012

peritnya kisah lama

perlukah kita menyingkap sesuatu yang semestinya mengundang kecewa..walaupun pedih ia tetap ternoktah sebagai satu kisah sejarah bingkisan hidup..tidak perlu mengenang namun ia pasti akan datang..tidak perlu menyisih kerana ia pasti akan terbayang..kerana ia adalah kisah perit yang terbeban di atas diri insan yang tersepit dalam satu keadaan tidak dijangka oleh dirinya..sedikit tidak disangka dirinya yang akan menjadi mangsa..musnah satu persahabatan..musnah satu kisah percintaan..dimana harus diletak kepercayaan setelah hati telah hancur seolah olah ditebak disiat oleh sebilah pisau..walhal pisau tersebut adalah pisau yg telah dijaga dimanja sehabis baik sekian lama..adakah ini takdir yang telah tertulis untuk dirinya..

memang benar kata pepatah..PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI..namun..yang telah diganti itu belum cukup untuk mengubati hati yg telah remuk..hebatnya cinta..hebatnya kasih sayang..tapi kerana kehebatan cinta dan sayang itulah yang memakan dirinya..sungguh malang apabila dirinya telah berkorban demi orang yang dicintai tetapi tidak dihargai pengorbanannya..perasaan sayang telah berubah menjadi kesal..dirinya tertekan namun redha atas segala yang berlaku...

bangkitlah...insyaallah akan ada sinar untuk dirimu..akan ada pengubat untuk luka mu..malah akan ada kebahagiaan yang menantimu..sabarlah..tuhan itu tahu apa yang terbaik untuk mu..diri ini sangat bersimpati namun hanya mampu berdoa agar ada sesuatu yang baik untuk dirii mu kelak..

Saturday, 12 May 2012

kenapa...

Kenapa impian itu bukan seindah angan-angan? Kenapa kehidupan tidak semudah perancangan? Kenapa kebenaran itu kadangkala pahit? Wahai hati, itulah kehidupan. Sesaat manis akan melupakan setahun pahit. Setahun pahit akan hargai sesaatnya manis. Hidup manis tanpa pahit membuat kita lupa siapa kita. Hidup pahit tanpa manis menjadikan kita lebih cekal dan pandai menghargai. 

Wahai hati, bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah. Jika hari ini langit itu cerah, belum tentu cuacanya baik. Jika hari ini langit itu hujan, belum tentu cuacanya buruk. Wahai diri, simpanlah anganmu, jejaklah di bumi nyata. Lihat sekitarmu, hargai apa yg dimiliki. Cubalah menghargai walaupun tidak dihargai

Wahai minda, jernihkan dirimu. Ungkaikan segala kekusutan, hilangkan kabut keraguan. Bertindaklah secara berhikmah. Ingatlah, sekali gagal bukan selamanya gagal. Bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah. Ingatlah. Di sebalik awan mendung itu tersembunyi sinar mentari yang terang, Pahit itu cabaran tetapi yang manis itu belum tentu kurniaan. wallahualam...

kisah cinta kopi masin ???


Dia baru sahaja tamat belajar sebagai seorang doktor di UK. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup. Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah ma'had tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik. Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.

Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.

"Astaghfirullah", bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.

Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu,"kau kenalkah gadis itu?"

“Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa.Dan masih belum berpunya lagi”, jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!

Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata

"Berikan saya kopi masin!"

Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.

Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"

"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut....masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini" jawab lelaki ini.

Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan, mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya. Dia pasti seorang yang menyintai dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sanggat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.

Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di ma'had tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.

Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.

Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.

"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..

Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."

Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.

Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya,"Bagaimana rasa kopi yang masin?"

Dia dengan pastinya menjawab,"Rasanya manis sekali"


Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan,
Dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.
Wallahu a’lam.


(secawan kopi pun boleh jd lambang cinta....)

Friday, 23 March 2012

apabila dilanda musibah

assalamualaikum w.b.t....

entry kali ini ika nk cerita mengenai perkara yg sememangnya lazim berlaku dlm diri dan kehidupan manusia...terutamanya diri ika sendiri...ika nk cerita mengenai musibah yang melanda kehidupan manusia dan ape implikasinya kpd manusia sejagat...

musibah...sejenis ujian..sejenis dugaan drpd Allah s.w.t...walau apa pun istilahnya, musibah adalah sesuatu perkara yg sgt abstrak...satu keadaan dimana kita ditimpa kesusahan...kepayahan...kesukaran..bencana...atau apa2 sahaja yg melibatkan perkara yang tidak baik..ada sebab knp kita dilanda musibah...mungkin kerana Allah s.w.t ingin memberi kesedaran kpd kita...atau mungkin Allah s.w.t ingin memberi pembalasan kpd kita...atau mungkin Allah s.w.t ingin menguji manusia agar dpt memantapkan tahap keimanan...itu semua adalah kemungkinan yg menjawab persoalan mengapa kita dilanda musibah.

KENAPA AKU DIUJI? 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 


manusia yg ditimpa musibah dan diuji dlm hidup mereka harus bersabar dlm menghadapi musibah tersebut...sama ada musibah itu adalah besar atau kecil,kita perlu redha dan percaya bahawa mungkin ada hikmah disebalik apa yg berlaku..org selalu berkata 'sabar....mungkin ada hikmah disebaliknya..' kata2 ini sudah menjadi ayat yg biasa dituturkan terhadap org yg ditimpa musibah..bukan mudah untuk menghadapi musibah jika tidak mantap iman didada..itu benar..namun tidak mustahil untuk kita menerima hakikat...dan ambil musibah yg berlaku sebagai pengajaran dan iktibar di dalam kehidupan..ambil kesempatan ini untuk bermuhasabah diri..renungkan kesilapan diri..fikirkan dimana silapnya..mungkin atas kesilapan kita sendiri..kita lupa...kita lalai dan leka terhadap Allah s.w.t...atau mungkin musibah yg berlaku adalah takdir Allah s.w.t bg meningkatkan tahap keimanan dalam diri..jd kita perlu redha...kerana kita telah dipilih oleh Allah s.w.t utk menerima musibah dan memantapkan iman dan taqwa dlm hati nurani..kita dpt mendekatkan lg diri kpd Allah..itu hikmah yg sebenarnya..disitu kuncinya...kita dpt selami betapa besar nya kuasa Allah s.w.t...

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200......


jadi kepada para pembaca sekalian...bersabarlah anda dlm menerima musibah yg melanda diri ...jadikan ia sebagai satu medium utk anda meningkatkan taqwa,kesabaran,kekuatan diri serta iman didada..ini adalah nasihat sbg saudara sesama islam...ika juga akan berusaha menyelami hikmah musibah yg berlaku dlm kehidupan ika..dan yg paling penting....jgn berputus asa dlm meneruskan kehidupan apabila dilanda musibah..teruslah berjihad dijalan Allah s.w.t...kerana org yg ditimpa musibah adalah org yg disayangi Allah s.wt....percayalah.....wallahua'llam......

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139 



                                                         tarian pena.....ika joe



Friday, 16 March 2012

saat matahari terbenam

assalamualaikum....

semalam ika ngan kwan2 pegi pantai ODEC..kan ika pnah cerita psl UMS ni mmg duk betul2 tepi pantai..ni yg ika nk describe kan suasana pantai ODEC kat pembaca semua.. actually kami pagi sana pun disebabkan kawan2 ika ni nak mereleasekan tentsion dorang...dan kebetulan ika pun tgh tension gak la kan..ika pun join aje le..at least bleh la mngurangkan tekanan a.k.a stress ika ni..n kebetulan jgk member ika yg sorang ni ade kreta..so dy la yg bwk kami..padahal pantai tu dkt aje...saje gataii nk naik kreta pulak an...heheheehehe
before kami pegi ODEC tu ika kene pegi blik pensyarah ika..sbb nak tunjuk proposal group assigment ika...ika ingat an sekejap je la nk pegi bilik pensyarah tuu..rupe2 nye punye la lame nk tggu sbb rmai sesangat manusia2 yg nk tunjuk proposal time tu jgk...nk gtau brape rmai student yg beratur kat luar bilik lectutre tuu..nauzubillah..ya rabbana...tak yah cerita la..dah mcm sarang tebuan,tin sardin dan yg sekutu dgn nya..mmg mampat la aras satu PPIB semalam...sampai ika pun dah naik pening..yg member ika yg ajak p ODEC ni pulak dah calling2 suruh ika cepat...adehh..kesian pulak dorang..dah satu keje pulak nk tggu ika..

nasib laa ade lg sorang ahli group ika yg tlg tggu...dia ckp dia boleh tunjuk proposal tu kat lect..ika pun kesian jgk kat member group ika ni..sbb dlm group kami,tinggal kami dua org je yg beratur..ahli group lain sume dah balik...(cis..tergamak dorang..hehehe)..sampai berpeluh peluh la member group ika ni beratur..yg ika ni pun nak wat baik la kunun ..ika pun tlg la lap kan peluh dia...(padahal mengampu nk balik awl sebenarnye...huhuhu)...last2 dia suruh ika balik sbb dia pun kesian tgk muka ika penat...yahuuu...dpt balik...trimass kwan...=)

berbalik kpd cerita kwn ika yg menunggu ika kat luar tu pulak...dorang dah ecxited laa nk p pantai ODEC ni..bila nampak je muka ika keluar dr bangunan PPIB,trus melompat la dorang..sbb tggu ika lame sgt...hek hek hek...rase bersalah pulak biar dorang tggu lame2...
so kami pun p la ODEC nek kereta..............

sampai je kat ODEC dorang dah mcm budak kecik main air laut..adehh..nak release tension kan citer dy...so bergumbiralah kami kat ODEC..actually ika sebenarnye teringin nk tggu matahari terbenam..or sunset..hehehe..maka menanti lah kami enam org disitu...(nk tggu sunset).

sambil2 tu kami makan2... bergambar laa..main pasir la..main air laut la bagai..ermmm best tak ingat la kami..dah mcm setaun tak jumpa air laut...hahahaha


seronok nye kami !!!!!









heheheehe....mmg betul2 release tension dah kami ni..yg paling kiri tu ella, wiwie, ika, shiela, n hujung paling kanan tu kieya...ni la roomate2 ika....ohh ade lg sorang..ana..si ana tu yg tgh snap pic ni...heheheehe





tulisan ni si ella yang tuliskan..dia ckp utk memori kami kat ODEC ni..sbg tanda persahabatan..biar la persahabatan kami ni kekal sampai bila2...=)
then ika tiba2 teringat kat seseorang yg pernah wat tulisan pasir utk ika masa befday ika..hihi..rase rindu sgt kat org tuu..hmm...sweet sgt tulisan pasir yg dia wat utk ika...<3<3

masa kitorang tgh sibuk2 nak snap pic n tulis2 kat pasir ni...tiba2 ika tgk matahari dah nak terbenam..ika gtau la kat member2 ika..terus kelam kabut la dorang nak snap pic sunset tuu...yg ika ni pulak renung je sunset tu...subhanallah...sangat indah ciptaan Allah S.W.T...hampir menitis air mata ika..rasa terharu..kagum..bersyukur...sebab masih lg berpeluang dpt melihat ciptaan Allah s.w.t...dapat menghirup udara Allah S.W.T...syukur Ya Allah...dan ini semua membuatkan ika berfikir bahawa bertuah nye ika sbb dpt menikmati nikmat Allah Rabbulizzati....ALHAMDULILLAH.....=)








subhanallah....cantik kan...indah nya aturan Allah S.W.T....semoga peluang untuk menikmati ciptaan Allah s.w.t ini dapat ika manfaat kan sebaik baik nya...amin....=)

Thursday, 15 March 2012

ABDULLAH YASIR MUTTAQIN

assalamualaikum..salam satu malaysia..salam satu UMS kampus ceria...(dah mcm dekan bg ucapan pulak) huhu....

malam td ika bermimpi tentang sesuatu yg sgt bermakna n menusuk-nusuk kalbu ika ni...kui kui kui..actually tak la grand mane pun mimpi ika ni...ika juz mimpi pasal anak sedara ika..hmm tak tau la knp sejak akhir2 ni ika selalu mimpi psl die..agaknya sbb ika dah rindu sgt kat dy kut...ABDULLAH YASIR MUTTAQIN...ni la satu2 nye anak sedara yg ika ade...(setakat ni laa)..kami smua mmg ecxited laa bila dpt anak sedara ni..ye laa anak sedara yg first kan..for sure kami mmg manjakan dy n give more attention to him..klau boleh mmg 24 hours laa nk ngadap muka yasir tu..hik hik hik

masa ika cuti sem ritu mmg setiap la hari menatap muka yasir..dgr yasir menangis..dodoikan yasir..dukung yasir..bwk yasir jalan2...(depan umah jerk..) even penat melayan dy but there is something special feeling yg ika rasa...n the 'special feelings' ni laa yg membuatkan ika tak penah jemu nak layan yasir..mungkin ni laa yg dikatakan naluri keibuan...acecee...hehehehe
but before ika balik sabah  kami satu family kene hantar balik yasir p umah opah dy yg satu lagi..ye la..opah dy yg satu lg pun rindu yasir le juge..so kami pun hantar laa dy balik..nak kata sedih tu tak pyh ckp laa..sedih bukan kepalang la citer dy..rase nak nagis sbb terpaksa berpisah dgn anak sedara yg paling syg...(bunyi mcm byk anak sedara jerk :p)

then bila ika dah balik sabah lg laa perasaan rindu kat yasir tu makin membuak-buak..kadang2 rase mcm terdengar dengar ke bunyi yasir mengagah...suara ketawa dy..aduhh makin rindu pulak rasenye..mak ngah dy..(a.k.a kakak ika) ckap dy dah pandai nk bercerita..dah makin terer mengagah la tuu..rase mcm tak sabar je nak balik perak..nak tgk yasir..nak tggu cuti sem mmg lame lg laa baru dapat jumpa yasir..lagi 3 bulan baru dapat balik..ntah2 time tu yasir dah boleh berlari dah..hehehehe

tak pe la..ika menanti je dgn sabar..bile ika balik perak mesti yasir dah makin besar..lagi laa ika ecxited nak layan kerenah 'si budak atan' tuu..huuuuuhhhh......sabar ika...sabar...




 

                                                                   yasir.........

Tuesday, 13 March 2012

ika nak share satu cerita yg sangat menyentuh hati nurani ika ni...kisah ni bukannya pasal diri ika pun..tapi cukup lah utk menjadi renungan bersama....selamat membaca....=)


kisah cinta biasa.

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang

semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya

ketika bersandar dibahunya.

 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya

harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya

mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya

seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta

berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang

sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak

pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.

Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan

suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan

saya terhadap cinta yang ideal.



Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya

kepadanya,bahawa saya inginkan penceraian.

 "Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

 "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."

Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak

seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.



Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat

mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?

Dan akhirnya dia bertanya.



"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung

matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.



"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti,

Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga

cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang

memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan

untuk Siti?"



Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya

esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.



Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas

dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat

yang bertuliskan...





'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan

Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan

hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.





"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya

dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari

Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."



"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang

harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu

untuk Siti ketika pulang."



"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan

ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus

mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu

dan membawa Siti pulang ke rumah."



"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang

setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan

mengurut kaki Siti yang sengal itu."



"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan

menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan

Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar

yang Abang alami."



"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk

kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita

tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan mandikanmu."



"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai,

menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna

bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."



"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati.

Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian

Abang."



"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih

daripada Abang mencintai Siti."



"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki,

mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari

tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."



Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi

kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.



"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti

puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di

rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang

berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas

hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang,

dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila

Siti bahagia."





Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya

segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu

dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan

saya.



Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari

dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah

beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat

memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu

telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.



"HARGAILAH SESIAPA JUA YANG MENYINTAI DIRI ANDA....."

"KERANA...HANYA YANG MENYINTAI DIRI KITA YANG AKAN RELA

BERKORBAN APA JUA UNTUK DIRI KITA.....SEMOGA BERBAHAGIA..."


kampus ku

assalamualaikum.......

utk post kali ni ika nak story tentang kampus ika..fakulti ika...n kos yg ika ambil...
urmmm kampus ika ni adalah kampus induk UNIVERSITI MALAYSIA SABAH,kota kinabalu..utk pengetahuan, UMS ade tiga kampus sume. satu kat kota kinabalu,satu kat sandakan n satu lg kat Labuan...yg kampus sandakan tu sume utk fakulti SPTA atau nama panjangnya sekolah perhutanan tropika antarabangsa. yg kampus labuan tu pulak utk fakulti SPKAL atau sekolah perniagaan dan kewangan antarabangsa. utk kampus induk kota kinabalu ni utk semua fakulti yg ika sebut td..so most of the student ums mmg dpt kampus kota kinabalu..
klau nak tau, kampus ika ni terletaknye betul2 kat tepi laut...view or pemandangan dy tak pyah ckap laa..mmg cantik sesangat..ika mmg hari2 dpt tgk pemandangan tepi laut sbb dewan kuliah kami mmg kat tepi pantai..nak makan nampak laut..nk study nampak laut..nk jalan2 nampak laut..pendek kata mmg dah sebati la mata ika ni dgn pemandangan laut..sampai naik jemu pun ade..hehehe..tu takpe lg....ntah2 laut tu lg la jemu tgk ika...huhuhu..klau ika n kawan2 rase teringin nk mandi laut tuu pegi je blakang hostel..jalan 10 minit dah sampai pantai..hah terjun la klau rase gian sgt nk mandi laut..hehehe..tu yg ika suka sgt dgn UMS ni..tak yah g jauh2 kalau nk mandi laut...=)





ni la kampus ika...=)


then ika nk story psal fakulti ika..nama fakulti ika adalah SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL atau lebih dikenali sebagai SPKS..student psikologi ni mostly dari semenanjung..so takde la rase pelik or janggal bila study kat sini..fakulti ika ni tawarkan 5 kos..

1) psikologi organisasi dan industri
2) pembangunan belia dan komuniti
3) psikologi kaunseling
4) psikologi kanak-kanak dan keluarga
5) psikologi kerja sosial





sorry ika tak reti nak rotate pic ni.....:p



ini foyer fakulti ika




yg pic2 kat atas tu la fakulti ika..ni la tempat ika p kelas2 tutorial..tempat ika menimba ilmu.slalu kat sini tempat kami lepak2..wat discussion..rehat2 sementara tggu kelas mula..suasana kat fakulti ika ni tenang,nyaman,sunyi n senyap sebab SPKS mmg fakulti yg paling hujung n terpencil berbanding dgn fakulti2 lain kat ums ni..mau rase pekak duk sini sbb terlalu senyap..hehe..bunyi nyamuk pun mmg takde laa ika ckap..sbb tu ika suka lepak sini..dr sem satu lg ika mmg suka lepak sini..tenang je rase...agak nye mmg pihak ums wat fakulti SPKS kat sini sebab nk bg student2 psiko ni tenang je nk menghafal segala teori2 psikologi..hahaaha


emmmm....nak cerita psal kos ika..ape nk ckp erkk...hehehehe...actually ika ni amik PSIKOLOGI KANAK-KANAK DAN KELUARGA.. so ika kena belajar segala bagai teori mngenai kanak-kanak..emm knp kos ika ni perlu ada perkataan KELUARGA di hujung nya. meh sini ika explain...sebenarnya keluarga memainkan peranan penting dalam sistem sosial tamadun manusia. jika pincang sesebuah keluarga, maka akan pincang la sesebuah tamadun...dari perspektif kehidupan masyarakat sekarang, institusi keluarga itu berperanan sebagai pembentuk atau pelentur kpd anak2..jadi perkataan keluarga dan kanak2 itu sgt berkait rapat..perkembangan kanak2 banyak dipengaruhi oleh keluarga dan persekitarannya....so no wonder la student psikologi kanak2 mcm ika ni kene belajar mengenai parenting atau kemahiran keibu bapaan..(cewaaahhhh...)

jadi ape yg ika belajar semuanya berkaitan dgn kanak2 dan keluarga...n teras subjek ika sem ni adalah PSIKOLOGI PERKEMBANGAN BAYI DAN KANAK-KANAK. bunyi mcm senang je subjek ni an...tp sebenarnya ini subjek yg susah bg ika..sbb bukan semua kanak2 yg kita dapat ramal tingkah laku mereka n its very hard tu observe the pattern of child development... emm agak menarik jgk coz we have to studying about child and baby..so doa2 kan laa ika dpt score dlm subjek ni utk sem dua ni yer...errr ok laa takat ni je laa yg termampu ika nk crita...sebenarnye ade byk lg ika nk share...tp takpe laa...nnt ika story lg k...hehehhe...tata....=)

Monday, 12 March 2012

pesan mak....

dulu masa kecik2 mak slalu cakap kat ika "belajar sungguh-sungguh..sekolah pandai-pandai..nanti boleh belajar kat oversea"..tu la ayat yang mak slalu ulang2 kat ika sampaikan ika sendiri dah boleh hafal ayat mak tuu..dari kecik sampai besar mak ckap bende yg sama. setiap hari ika nak g skolah mmg tak pernah miss ayat mak yg cenggitu. kadang2 bernanah jugak telinga ika ni...hahahaaha...gurau jerk.. kerana ayat mak tu jgk laa yg membakar semangat ika utk belajar sungguh2. tp masa ika sekolah dulu ika ni bukan la dikategorikan sebagai budak ecxellent, brilliant or whatever..among my siblings im the most loser sebab ika tak pandai mcm dorang. boleh dikatakan semua adik beradik ika (kecuali ika la) adalah top scorer. n im the one who are slowest among them. setakat exam straight 'A' tu sume celah2 gigi dorang je. ika pun sebenarnya rendah diri n tercabar la gak..tp nk wat mcm mana..dah rezeki ika tu belum nampak lg..

lepas spm ika sebenarnya berangan nak masuk matrik. tp disebabkan result spm yg takat hidung je menjadikan angan2 ika tu angan2 mat jenin je la. utk menyedapkan hati mak ika pun msuk la tingkatan 6. walaupun ika ni tak la kebulur sgt nk ngaji tingkatan 6 tu. tp redha je la..dh mak ckp ni je peluang terakhir ika utk sambung belajar. nak tak nak ikut jgk la ckap mak n abah. org kate ikut ckp mak abah ni lebih berkat. entah laa...time tu terdetik kat hati ika yg rezeki ika ni sebenarnya ade kat tingkatan 6. disebabkan antara ramai2 adik beradik ika ni,ika la yg paling liat nk msuk universiti..so ika pun nekad gak larr nk rebut peluang ni. actually tak laa susah sgt pun ngaji tingkatan 6 ni..orang je yg misunderstanding dgn program tingkatan 6..dorang ckp susah laa..penat laa bagai..tp ika n kawan2 ok je blajar..tak mati pun...hehehehehe

lepas abes tingkatan 6 ika mmg dah tak semangat pun nk sambung study..dlm hati tu  asyik fikir nak keje je..ye laa loser kan..so better ika cari alternatif lain utk membuktikan ika ni bukan la seperti loser yang disangka sangka. result stpm pun boleh tahan laa..nak kate gud2 tak la jgk..tp still boleh dibanggakan lg laa..huhuhu(kembang gak)..then nak dijadikan cerita....tercipta la sejarah ika dapat offer sambung belajar kat ipta..wat degree pulak tuu...waaaaawwww....hati gumbira bukan kepalang la citer dy..hek hek hek....tapi.....ipta yg di offer kan tu bukan calang2 punye ipta..sekali ika tgk rupa2 nye ika dapat smbung degree kat UNIVERSITI MALAYSIA SABAH....ahhh tidaaaakkkk....!!!!
sabah tuu...bukan main dekat la cakap...adeeiii....
time tu mcm2 perasaan la yg ika rasa..rase takut..bimbang...sedih..hepi...nak nangis la segala...and then tetiba je ayat yg mak selalu ckp tu terngiang-ngiang kat cuping telinga kecil ku ini.."belajar sungguh-sungguh...sekolah pandai-pandai..nanti boleh belajar kat oversea..."
naaaahhhhh.....memang masin mulut mak...hehhee..termakbul jgk ayat yg mak ckp kat ika dari kecik sampai besar tuu...and ika rasa ini la yg dikatakan KEBERKATAN....kata2 seorang ibu tu sebenarnya satu doa..dapat jugak ika sambung belajar kat oversea walaupun kat dalam malaysia gak..(kira oversea la juge tuu...dapat nek flight..)hehhehehee...

dan sekarang ika adalah seorang mahasiswi di UNIVERSITI MALAYSIA SABAH..kampus ceria n merupakan universiti tercantik di asia tenggara. im proud to be sabahan..heheehe..sedang meneruskan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang psikologi kanak kanak dan keluarga. ika baru je masuk sem dua..dan kos yg ika dapat ni boleh dikatakan susah la jgk..sebab psikologi ni sebenarnya adalah satu bidang yg sangat kompleks dan subjektif..bermain dgn teori2 psikologi dan menganalisa tingkah laku manusia. bagi ika bidang psikologi adalah bidang yg sangat menarik utk diteroka. ika sendiri pun cuba untuk mendalami lg ilmu psikologi....."tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad"...n selagi ika mampu ika akan cuba menggali ilmu selagi ika bernafas...=)



                                                                                                              tarian pena....ika joe

Sunday, 11 March 2012

kisah bermula....

assalamualaikum...salam pembuka bicara...NORAFIQAH BT JOHARI nama diberi..atau nama manjanya ika...dan lebih selesa dipanggil ika..(^_^)
untuk pengetahuan..ini adalah pertama kali ika menulis blog setelah sekian lama menanam azam utk mempunyai blog sendiri..hihi..segan je bila kwn2 ika smua dah ade blog..ika je yg tertinggal keretapi...huhu...
anyway..sekarang ika dh ade blog sendiri n akan cuba memberikan hasil nukilan yg berkualiti(acece...hehe). emm well im still freshie in blogging..so klau ade yg salah or silap hrap tidak dikritik dgn begitu kejam...

berbalik dgn kisah ika...ermm ika adalah anak ketiga dr 5 adik beradik yg sgt cute,hot n gorgeous...hehehe..adik beradik ika semua perempuan.all the roses...heee~

inilah adik beradik ika yg sgt cute...hihi


ini pic time raya 2011..setiap kali raye mesti kami akan snap pic mcm org nk bernasyid.haha..this is my very2 good siblings. i love all of them...n they are very special too me..(^_^)
adik ika gelarkan kami ni kumpulan nasyid RABBANA..hehehe..lucu laa..padahal bukan nye kami pandai bernasyid pun..




                                                          this is my parents....


ni la parents ika..mrs. and mr.johari ahmad. my dad is a technician at telekom jelapang. while my mom is a nurse at hospital sg siput. both of them are very sweet. naaaa...mereka ni lah yg membesarkan kami 5 beradik. dari kecik sampai besr panjang setinggi galah..hehehe(kunun..) n mereka ni jugalah yg selalu melayan kerenah kami adik berdik..everything that we ask to them,they will fulfill it..terharu jugak..howcome they are as a parents can raised us without any noise..sedangkan ika sendiri pun masih belum mampu utk berkorban seperti mereka. maybe ika akan rasa perasaan tanggungjawab tu bila ika sendiri yg menjadi parents someday..who knows in another two years ill become a mother...hehehe..euuu gataii...

ok lahhh...this is for the briefing..nnt insyaallah akan ada lg entry2 yg ika akan masukkan dlm blog ika ni...remember...im still freshie in blogging....peace! (^_^) ~~~~~



                                                                                                               tarian pena....ika joe