pernah dgr perkataan leadership?? mesti wajah presiden atau perdana menteri yang berlegar di fikiran. atau wajah ketua kelas yg pegang rotan bulu ayam menghambat bebudak bising dalam kelas. atau pun wajah pengawas sekolah a.k.a pembodek tegar cikgu di sekolah...emm betol la tu..leadership mmg berkaitan dgn segala benda alah tersebut. leadership atau nama bahasa melayu nya kepimpinan adalah satu kemampuan bg seseorang utk menginspirasi kan keyakinan org lain, dan menyokong org lain bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi.
tapi tahukah anda..adakah seorang pemimpin itu mmg dilahirkan utk menjadi ketua atau diasah bakat nya utk dijadikan sebagai pemimpin? hurmm susah jgk erk..kalau nak kata nilai sebagai pemimpin itu mmg sudah wujud dlm diri seseorang tu mmg betul...tp bila seseorang itu dilatih utk menjadi pemimpin pon betul jgk..so acane??
sebenarnya...kedua duanya betul..sebagai contoh Adolf Hitler. macam mana dia boleh meyakinkan berjuta-juta rakyat jerman utk menyokong ideologi komunis nya. bagaimana cara dia boleh menarik rakyat jerman yg snggup berpusu-pusu utk mendengar pidato atau khutbah nya. semua ini kerana sifat kepimpinan mmg sudah wujud dlm diri beliau. sudah semestinya beliau mmg dilahirkan utk memimpin berjuta-juta rakyat komunis.
bagaimana pula dengan pemimpin yg dilatih utk menjadi seorang pemimpin? lihat saja Steve Jobs seorang CEO syarikat produk elektronik APPLE dan pelopor serta pencipta produk APPLE. beliau adalah seorang yang kerap ponteng sekolah dan tidak langsung bercirikan sebagai seorang pemimpin. namun bagaimana beliau boleh mencapai kejayaan luar biasa dan mengetuai organisasi kepunyaan beliau?? tuah ayam nampak di kaki..tuah manusia tiada siapa yg tahu..namun adakah ini berkaitan dgn tuah? tidak semestinya...seorang yg tidak bertuah pun mampu utk mencapai kejayaan sebagai seorang pemimpin.
pendek kata, utk menjadi seorang pemimpin adalah perkara yg sgt sukar. tak semua org mampu menjadi pemimpin. tp tak mustahil utk sesorang itu menjadi seorang pemimpin yg berjaya.
kalau saya...saya memang dilahirkan utk menjadi pemimpin kut...huhu
anda pulak mcm mana??????


