kisah cinta biasa.
Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang
semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati
saya
ketika bersandar dibahunya.
harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan
saya
mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.
Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta
berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil
yang
sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu
tidak
pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya
harapkan.
Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan
suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua
harapan
saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya
kepadanya,bahawa saya inginkan penceraian.
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya,
nampak
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat
mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?
Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran
Siti?" Saya merenung
matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati
Siti,
Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum
bunga
cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang
memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan
untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan
jawapannya
esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui
selembar kertas
dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu
hangat
yang bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi
izinkan
Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu
menghancurkan
hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program
didalamnya
dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan
jari-jari
Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program
tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan
Abang
harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka
pintu
untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu
tersasar dan
ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang
harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain
mencarimu
dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti
datang
setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan
mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti
akan
menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat
menghiburkan
Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal
kelakar
yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak
baik untuk
kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika
kita
tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan mandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing
menelusuri pantai,
menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan
warna-warna
bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk
mati.
Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian
Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu
lebih
daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh
tangan, kaki,
mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti
mencari
tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya
menjadi
kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika
Siti
puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang
tinggal di
rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang
berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti
tidak puas
hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang
Abang,
dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang
bila
Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat.
Lalu saya
segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan
pintu
dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti
kesukaan
saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih
dari
dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah
beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak
dapat
memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta
itu
telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan
sebelum ini.
"HARGAILAH SESIAPA JUA YANG MENYINTAI DIRI ANDA....."
"KERANA...HANYA YANG MENYINTAI DIRI KITA YANG AKAN RELA
BERKORBAN APA
JUA UNTUK DIRI KITA.....SEMOGA BERBAHAGIA..."
cerita yg baik...
ReplyDeleteterima kasih abg...=)
ReplyDelete