Wednesday, 20 March 2013

jodoh itu rahsia Allah s.w.t

assalamulaikum....

utk entry yang baru ni....rase nye takde idea pun nk tulis ape dlm blog ni...cuma bila otak dah tertekan dgn kerja2 yang berlambak ni membuat kan tangan ika ni ringan je rase nk update blog...

cerita mengenai jodoh...hurmmmm JODOH..perkara yang melibatkan kekuasaan Allah s.w.t...tatkala takdir nya sudah tertulis...maka redha lah hamba-hamba nya menerima.



Kepada yg takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih
sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling
menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu
terhadapnya. 


benar....jangan dianggap cinta itu sebuah perkara yang mudah..biarlah ia bersemi dibawah lembayung kasih sayang Allah s.w.t..






Kepada yg ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi
akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata
tdk bahagia dgn mu. 



biarlah jodoh itu menjadi rahsia Allah s.w.t....tidak perlu terburu buru mencari jodoh..kelak Allah akan memberikan jodoh yang terbaik buat diri kita...hanya yakin, tawakal dan redha..insyaallah Allah s.w.t sudah menyediakan sesuatu yang sangat bermakna, berharga dan bernilai buat kita...amin...




                                                                      ditinta oleh

                                                          ika joe a.k.a afiqah johari (^_^) 







Monday, 3 December 2012

are leaders born or made????

pernah dgr perkataan leadership??  mesti wajah presiden atau perdana menteri yang berlegar di fikiran. atau wajah ketua kelas yg pegang rotan bulu ayam menghambat bebudak bising dalam kelas. atau pun wajah pengawas sekolah a.k.a pembodek tegar cikgu di sekolah...emm betol la tu..leadership mmg berkaitan dgn segala benda alah tersebut. leadership atau nama bahasa melayu nya kepimpinan adalah satu kemampuan bg seseorang utk menginspirasi kan keyakinan org lain, dan menyokong org lain bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi.

tapi tahukah anda..adakah seorang pemimpin itu mmg dilahirkan utk menjadi ketua atau diasah bakat nya utk dijadikan sebagai pemimpin? hurmm susah jgk erk..kalau nak kata nilai sebagai pemimpin itu mmg sudah wujud dlm diri seseorang tu mmg betul...tp bila seseorang itu dilatih utk menjadi pemimpin pon betul jgk..so acane??

sebenarnya...kedua duanya betul..sebagai contoh Adolf Hitler. macam mana dia boleh meyakinkan berjuta-juta rakyat jerman utk menyokong ideologi komunis nya. bagaimana cara dia boleh menarik rakyat jerman yg snggup berpusu-pusu utk mendengar pidato atau khutbah nya. semua ini kerana sifat kepimpinan mmg sudah wujud dlm diri beliau.  sudah semestinya beliau mmg dilahirkan utk memimpin berjuta-juta rakyat komunis.

bagaimana pula dengan pemimpin yg dilatih utk menjadi seorang pemimpin? lihat saja Steve Jobs seorang CEO syarikat produk elektronik APPLE dan pelopor serta pencipta produk APPLE. beliau adalah seorang yang kerap ponteng sekolah dan tidak langsung bercirikan sebagai seorang pemimpin. namun bagaimana beliau boleh mencapai kejayaan luar biasa dan mengetuai organisasi kepunyaan beliau??  tuah ayam nampak di kaki..tuah manusia tiada siapa yg tahu..namun adakah ini berkaitan dgn tuah? tidak semestinya...seorang yg tidak bertuah pun mampu utk mencapai kejayaan sebagai seorang pemimpin.

pendek kata, utk menjadi seorang pemimpin adalah perkara yg sgt sukar. tak semua org mampu menjadi pemimpin. tp tak mustahil utk sesorang itu menjadi seorang pemimpin yg berjaya.
kalau saya...saya memang dilahirkan utk menjadi pemimpin kut...huhu

anda pulak mcm mana??????







Saturday, 15 September 2012

back to sabah..^^

assalamualaikum......

first of all ika nak wish kat diri ika sendiri "welcome back to sabah"...actually mmg excited nak balik sabah balik...nak jumpa kawan2...pensyarah...nak mengadap assgment..turun naik kuliah..pegi klas..tu semua bende2 yang ika dah rindu sgt nak buat..bila dah sampai sabah ni rase mcm kepulangan semula pulak...heheheh

banyak dah perubahan yg berlaku kat kampus ika UMS KAMPUS CERIA ni..huhu..disebabkan cuti yang terlalu panjang (3 bulan) menyebabkan ika dah jadi kekok ngn selok belok UMS ni...ecehh ! hehehe...emm kwn2 pon ramai yg dah rindu kat ika..dah lame tak berseloroh,bercerita dengan kengkawan kat sabah ni..

utk sem tiga ni ika dah tak duduk hostel..so ika sekarang menyewa di sebuah rumah yang berlokasi di KF a.k.a KINGFISHER,kota kinabalu..emm keadaan rumah yg ika duduk ni boleh tahan ok..sgt best n puas hati la...kira tak rugi la klau menyewa kat umah ni..heheh..ika pon baru first time tinggal menyewa dgn kawan2..so ika baru lagi la nak sesuaikan diri kat rumah baru ni..tp setakat ni belum ade ape2 masalah lg..n harap2 keadaan mcm ni berkekalan la sampai ika abis mnyewa nnt..

azam baru untuk sem baru ni mcm sem2 yang lepas lahh...nak dapat dekan..huhu..insyallah...sem ni ika kene gandakan usaha..gandakan semangat..gandakan tekad..huhu..

emm rasenye tu aje laa yg ika nak merepak kat blog ni..semoga perjalanan ika untuk sem ni dipermudahkan Allah s.w.t...amin..



                                                           rumah bujang ku....=)

Sunday, 29 July 2012

peritnya kisah lama

perlukah kita menyingkap sesuatu yang semestinya mengundang kecewa..walaupun pedih ia tetap ternoktah sebagai satu kisah sejarah bingkisan hidup..tidak perlu mengenang namun ia pasti akan datang..tidak perlu menyisih kerana ia pasti akan terbayang..kerana ia adalah kisah perit yang terbeban di atas diri insan yang tersepit dalam satu keadaan tidak dijangka oleh dirinya..sedikit tidak disangka dirinya yang akan menjadi mangsa..musnah satu persahabatan..musnah satu kisah percintaan..dimana harus diletak kepercayaan setelah hati telah hancur seolah olah ditebak disiat oleh sebilah pisau..walhal pisau tersebut adalah pisau yg telah dijaga dimanja sehabis baik sekian lama..adakah ini takdir yang telah tertulis untuk dirinya..

memang benar kata pepatah..PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI..namun..yang telah diganti itu belum cukup untuk mengubati hati yg telah remuk..hebatnya cinta..hebatnya kasih sayang..tapi kerana kehebatan cinta dan sayang itulah yang memakan dirinya..sungguh malang apabila dirinya telah berkorban demi orang yang dicintai tetapi tidak dihargai pengorbanannya..perasaan sayang telah berubah menjadi kesal..dirinya tertekan namun redha atas segala yang berlaku...

bangkitlah...insyaallah akan ada sinar untuk dirimu..akan ada pengubat untuk luka mu..malah akan ada kebahagiaan yang menantimu..sabarlah..tuhan itu tahu apa yang terbaik untuk mu..diri ini sangat bersimpati namun hanya mampu berdoa agar ada sesuatu yang baik untuk dirii mu kelak..

Saturday, 12 May 2012

kenapa...

Kenapa impian itu bukan seindah angan-angan? Kenapa kehidupan tidak semudah perancangan? Kenapa kebenaran itu kadangkala pahit? Wahai hati, itulah kehidupan. Sesaat manis akan melupakan setahun pahit. Setahun pahit akan hargai sesaatnya manis. Hidup manis tanpa pahit membuat kita lupa siapa kita. Hidup pahit tanpa manis menjadikan kita lebih cekal dan pandai menghargai. 

Wahai hati, bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah. Jika hari ini langit itu cerah, belum tentu cuacanya baik. Jika hari ini langit itu hujan, belum tentu cuacanya buruk. Wahai diri, simpanlah anganmu, jejaklah di bumi nyata. Lihat sekitarmu, hargai apa yg dimiliki. Cubalah menghargai walaupun tidak dihargai

Wahai minda, jernihkan dirimu. Ungkaikan segala kekusutan, hilangkan kabut keraguan. Bertindaklah secara berhikmah. Ingatlah, sekali gagal bukan selamanya gagal. Bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah. Ingatlah. Di sebalik awan mendung itu tersembunyi sinar mentari yang terang, Pahit itu cabaran tetapi yang manis itu belum tentu kurniaan. wallahualam...

kisah cinta kopi masin ???


Dia baru sahaja tamat belajar sebagai seorang doktor di UK. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup. Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah ma'had tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik. Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.

Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.

"Astaghfirullah", bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.

Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu,"kau kenalkah gadis itu?"

“Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa.Dan masih belum berpunya lagi”, jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!

Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata

"Berikan saya kopi masin!"

Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.

Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"

"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut....masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini" jawab lelaki ini.

Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan, mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya. Dia pasti seorang yang menyintai dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sanggat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.

Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di ma'had tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.

Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.

Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.

"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..

Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."

Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.

Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya,"Bagaimana rasa kopi yang masin?"

Dia dengan pastinya menjawab,"Rasanya manis sekali"


Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan,
Dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.
Wallahu a’lam.


(secawan kopi pun boleh jd lambang cinta....)

Friday, 23 March 2012

apabila dilanda musibah

assalamualaikum w.b.t....

entry kali ini ika nk cerita mengenai perkara yg sememangnya lazim berlaku dlm diri dan kehidupan manusia...terutamanya diri ika sendiri...ika nk cerita mengenai musibah yang melanda kehidupan manusia dan ape implikasinya kpd manusia sejagat...

musibah...sejenis ujian..sejenis dugaan drpd Allah s.w.t...walau apa pun istilahnya, musibah adalah sesuatu perkara yg sgt abstrak...satu keadaan dimana kita ditimpa kesusahan...kepayahan...kesukaran..bencana...atau apa2 sahaja yg melibatkan perkara yang tidak baik..ada sebab knp kita dilanda musibah...mungkin kerana Allah s.w.t ingin memberi kesedaran kpd kita...atau mungkin Allah s.w.t ingin memberi pembalasan kpd kita...atau mungkin Allah s.w.t ingin menguji manusia agar dpt memantapkan tahap keimanan...itu semua adalah kemungkinan yg menjawab persoalan mengapa kita dilanda musibah.

KENAPA AKU DIUJI? 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 


manusia yg ditimpa musibah dan diuji dlm hidup mereka harus bersabar dlm menghadapi musibah tersebut...sama ada musibah itu adalah besar atau kecil,kita perlu redha dan percaya bahawa mungkin ada hikmah disebalik apa yg berlaku..org selalu berkata 'sabar....mungkin ada hikmah disebaliknya..' kata2 ini sudah menjadi ayat yg biasa dituturkan terhadap org yg ditimpa musibah..bukan mudah untuk menghadapi musibah jika tidak mantap iman didada..itu benar..namun tidak mustahil untuk kita menerima hakikat...dan ambil musibah yg berlaku sebagai pengajaran dan iktibar di dalam kehidupan..ambil kesempatan ini untuk bermuhasabah diri..renungkan kesilapan diri..fikirkan dimana silapnya..mungkin atas kesilapan kita sendiri..kita lupa...kita lalai dan leka terhadap Allah s.w.t...atau mungkin musibah yg berlaku adalah takdir Allah s.w.t bg meningkatkan tahap keimanan dalam diri..jd kita perlu redha...kerana kita telah dipilih oleh Allah s.w.t utk menerima musibah dan memantapkan iman dan taqwa dlm hati nurani..kita dpt mendekatkan lg diri kpd Allah..itu hikmah yg sebenarnya..disitu kuncinya...kita dpt selami betapa besar nya kuasa Allah s.w.t...

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200......


jadi kepada para pembaca sekalian...bersabarlah anda dlm menerima musibah yg melanda diri ...jadikan ia sebagai satu medium utk anda meningkatkan taqwa,kesabaran,kekuatan diri serta iman didada..ini adalah nasihat sbg saudara sesama islam...ika juga akan berusaha menyelami hikmah musibah yg berlaku dlm kehidupan ika..dan yg paling penting....jgn berputus asa dlm meneruskan kehidupan apabila dilanda musibah..teruslah berjihad dijalan Allah s.w.t...kerana org yg ditimpa musibah adalah org yg disayangi Allah s.wt....percayalah.....wallahua'llam......

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139 



                                                         tarian pena.....ika joe