Saturday, 15 September 2012

back to sabah..^^

assalamualaikum......

first of all ika nak wish kat diri ika sendiri "welcome back to sabah"...actually mmg excited nak balik sabah balik...nak jumpa kawan2...pensyarah...nak mengadap assgment..turun naik kuliah..pegi klas..tu semua bende2 yang ika dah rindu sgt nak buat..bila dah sampai sabah ni rase mcm kepulangan semula pulak...heheheh

banyak dah perubahan yg berlaku kat kampus ika UMS KAMPUS CERIA ni..huhu..disebabkan cuti yang terlalu panjang (3 bulan) menyebabkan ika dah jadi kekok ngn selok belok UMS ni...ecehh ! hehehe...emm kwn2 pon ramai yg dah rindu kat ika..dah lame tak berseloroh,bercerita dengan kengkawan kat sabah ni..

utk sem tiga ni ika dah tak duduk hostel..so ika sekarang menyewa di sebuah rumah yang berlokasi di KF a.k.a KINGFISHER,kota kinabalu..emm keadaan rumah yg ika duduk ni boleh tahan ok..sgt best n puas hati la...kira tak rugi la klau menyewa kat umah ni..heheh..ika pon baru first time tinggal menyewa dgn kawan2..so ika baru lagi la nak sesuaikan diri kat rumah baru ni..tp setakat ni belum ade ape2 masalah lg..n harap2 keadaan mcm ni berkekalan la sampai ika abis mnyewa nnt..

azam baru untuk sem baru ni mcm sem2 yang lepas lahh...nak dapat dekan..huhu..insyallah...sem ni ika kene gandakan usaha..gandakan semangat..gandakan tekad..huhu..

emm rasenye tu aje laa yg ika nak merepak kat blog ni..semoga perjalanan ika untuk sem ni dipermudahkan Allah s.w.t...amin..



                                                           rumah bujang ku....=)

Sunday, 29 July 2012

peritnya kisah lama

perlukah kita menyingkap sesuatu yang semestinya mengundang kecewa..walaupun pedih ia tetap ternoktah sebagai satu kisah sejarah bingkisan hidup..tidak perlu mengenang namun ia pasti akan datang..tidak perlu menyisih kerana ia pasti akan terbayang..kerana ia adalah kisah perit yang terbeban di atas diri insan yang tersepit dalam satu keadaan tidak dijangka oleh dirinya..sedikit tidak disangka dirinya yang akan menjadi mangsa..musnah satu persahabatan..musnah satu kisah percintaan..dimana harus diletak kepercayaan setelah hati telah hancur seolah olah ditebak disiat oleh sebilah pisau..walhal pisau tersebut adalah pisau yg telah dijaga dimanja sehabis baik sekian lama..adakah ini takdir yang telah tertulis untuk dirinya..

memang benar kata pepatah..PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI..namun..yang telah diganti itu belum cukup untuk mengubati hati yg telah remuk..hebatnya cinta..hebatnya kasih sayang..tapi kerana kehebatan cinta dan sayang itulah yang memakan dirinya..sungguh malang apabila dirinya telah berkorban demi orang yang dicintai tetapi tidak dihargai pengorbanannya..perasaan sayang telah berubah menjadi kesal..dirinya tertekan namun redha atas segala yang berlaku...

bangkitlah...insyaallah akan ada sinar untuk dirimu..akan ada pengubat untuk luka mu..malah akan ada kebahagiaan yang menantimu..sabarlah..tuhan itu tahu apa yang terbaik untuk mu..diri ini sangat bersimpati namun hanya mampu berdoa agar ada sesuatu yang baik untuk dirii mu kelak..

Saturday, 12 May 2012

kenapa...

Kenapa impian itu bukan seindah angan-angan? Kenapa kehidupan tidak semudah perancangan? Kenapa kebenaran itu kadangkala pahit? Wahai hati, itulah kehidupan. Sesaat manis akan melupakan setahun pahit. Setahun pahit akan hargai sesaatnya manis. Hidup manis tanpa pahit membuat kita lupa siapa kita. Hidup pahit tanpa manis menjadikan kita lebih cekal dan pandai menghargai. 

Wahai hati, bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah. Jika hari ini langit itu cerah, belum tentu cuacanya baik. Jika hari ini langit itu hujan, belum tentu cuacanya buruk. Wahai diri, simpanlah anganmu, jejaklah di bumi nyata. Lihat sekitarmu, hargai apa yg dimiliki. Cubalah menghargai walaupun tidak dihargai

Wahai minda, jernihkan dirimu. Ungkaikan segala kekusutan, hilangkan kabut keraguan. Bertindaklah secara berhikmah. Ingatlah, sekali gagal bukan selamanya gagal. Bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah. Ingatlah. Di sebalik awan mendung itu tersembunyi sinar mentari yang terang, Pahit itu cabaran tetapi yang manis itu belum tentu kurniaan. wallahualam...

kisah cinta kopi masin ???


Dia baru sahaja tamat belajar sebagai seorang doktor di UK. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup. Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah ma'had tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik. Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.

Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.

"Astaghfirullah", bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.

Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu,"kau kenalkah gadis itu?"

“Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa.Dan masih belum berpunya lagi”, jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!

Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata

"Berikan saya kopi masin!"

Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.

Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"

"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut....masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini" jawab lelaki ini.

Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan, mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya. Dia pasti seorang yang menyintai dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sanggat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.

Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di ma'had tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.

Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.

Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.

"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..

Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."

Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.

Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya,"Bagaimana rasa kopi yang masin?"

Dia dengan pastinya menjawab,"Rasanya manis sekali"


Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan,
Dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.
Wallahu a’lam.


(secawan kopi pun boleh jd lambang cinta....)

Friday, 23 March 2012

apabila dilanda musibah

assalamualaikum w.b.t....

entry kali ini ika nk cerita mengenai perkara yg sememangnya lazim berlaku dlm diri dan kehidupan manusia...terutamanya diri ika sendiri...ika nk cerita mengenai musibah yang melanda kehidupan manusia dan ape implikasinya kpd manusia sejagat...

musibah...sejenis ujian..sejenis dugaan drpd Allah s.w.t...walau apa pun istilahnya, musibah adalah sesuatu perkara yg sgt abstrak...satu keadaan dimana kita ditimpa kesusahan...kepayahan...kesukaran..bencana...atau apa2 sahaja yg melibatkan perkara yang tidak baik..ada sebab knp kita dilanda musibah...mungkin kerana Allah s.w.t ingin memberi kesedaran kpd kita...atau mungkin Allah s.w.t ingin memberi pembalasan kpd kita...atau mungkin Allah s.w.t ingin menguji manusia agar dpt memantapkan tahap keimanan...itu semua adalah kemungkinan yg menjawab persoalan mengapa kita dilanda musibah.

KENAPA AKU DIUJI? 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 


manusia yg ditimpa musibah dan diuji dlm hidup mereka harus bersabar dlm menghadapi musibah tersebut...sama ada musibah itu adalah besar atau kecil,kita perlu redha dan percaya bahawa mungkin ada hikmah disebalik apa yg berlaku..org selalu berkata 'sabar....mungkin ada hikmah disebaliknya..' kata2 ini sudah menjadi ayat yg biasa dituturkan terhadap org yg ditimpa musibah..bukan mudah untuk menghadapi musibah jika tidak mantap iman didada..itu benar..namun tidak mustahil untuk kita menerima hakikat...dan ambil musibah yg berlaku sebagai pengajaran dan iktibar di dalam kehidupan..ambil kesempatan ini untuk bermuhasabah diri..renungkan kesilapan diri..fikirkan dimana silapnya..mungkin atas kesilapan kita sendiri..kita lupa...kita lalai dan leka terhadap Allah s.w.t...atau mungkin musibah yg berlaku adalah takdir Allah s.w.t bg meningkatkan tahap keimanan dalam diri..jd kita perlu redha...kerana kita telah dipilih oleh Allah s.w.t utk menerima musibah dan memantapkan iman dan taqwa dlm hati nurani..kita dpt mendekatkan lg diri kpd Allah..itu hikmah yg sebenarnya..disitu kuncinya...kita dpt selami betapa besar nya kuasa Allah s.w.t...

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200......


jadi kepada para pembaca sekalian...bersabarlah anda dlm menerima musibah yg melanda diri ...jadikan ia sebagai satu medium utk anda meningkatkan taqwa,kesabaran,kekuatan diri serta iman didada..ini adalah nasihat sbg saudara sesama islam...ika juga akan berusaha menyelami hikmah musibah yg berlaku dlm kehidupan ika..dan yg paling penting....jgn berputus asa dlm meneruskan kehidupan apabila dilanda musibah..teruslah berjihad dijalan Allah s.w.t...kerana org yg ditimpa musibah adalah org yg disayangi Allah s.wt....percayalah.....wallahua'llam......

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139 



                                                         tarian pena.....ika joe



Friday, 16 March 2012

saat matahari terbenam

assalamualaikum....

semalam ika ngan kwan2 pegi pantai ODEC..kan ika pnah cerita psl UMS ni mmg duk betul2 tepi pantai..ni yg ika nk describe kan suasana pantai ODEC kat pembaca semua.. actually kami pagi sana pun disebabkan kawan2 ika ni nak mereleasekan tentsion dorang...dan kebetulan ika pun tgh tension gak la kan..ika pun join aje le..at least bleh la mngurangkan tekanan a.k.a stress ika ni..n kebetulan jgk member ika yg sorang ni ade kreta..so dy la yg bwk kami..padahal pantai tu dkt aje...saje gataii nk naik kreta pulak an...heheheehehe
before kami pegi ODEC tu ika kene pegi blik pensyarah ika..sbb nak tunjuk proposal group assigment ika...ika ingat an sekejap je la nk pegi bilik pensyarah tuu..rupe2 nye punye la lame nk tggu sbb rmai sesangat manusia2 yg nk tunjuk proposal time tu jgk...nk gtau brape rmai student yg beratur kat luar bilik lectutre tuu..nauzubillah..ya rabbana...tak yah cerita la..dah mcm sarang tebuan,tin sardin dan yg sekutu dgn nya..mmg mampat la aras satu PPIB semalam...sampai ika pun dah naik pening..yg member ika yg ajak p ODEC ni pulak dah calling2 suruh ika cepat...adehh..kesian pulak dorang..dah satu keje pulak nk tggu ika..

nasib laa ade lg sorang ahli group ika yg tlg tggu...dia ckp dia boleh tunjuk proposal tu kat lect..ika pun kesian jgk kat member group ika ni..sbb dlm group kami,tinggal kami dua org je yg beratur..ahli group lain sume dah balik...(cis..tergamak dorang..hehehe)..sampai berpeluh peluh la member group ika ni beratur..yg ika ni pun nak wat baik la kunun ..ika pun tlg la lap kan peluh dia...(padahal mengampu nk balik awl sebenarnye...huhuhu)...last2 dia suruh ika balik sbb dia pun kesian tgk muka ika penat...yahuuu...dpt balik...trimass kwan...=)

berbalik kpd cerita kwn ika yg menunggu ika kat luar tu pulak...dorang dah ecxited laa nk p pantai ODEC ni..bila nampak je muka ika keluar dr bangunan PPIB,trus melompat la dorang..sbb tggu ika lame sgt...hek hek hek...rase bersalah pulak biar dorang tggu lame2...
so kami pun p la ODEC nek kereta..............

sampai je kat ODEC dorang dah mcm budak kecik main air laut..adehh..nak release tension kan citer dy...so bergumbiralah kami kat ODEC..actually ika sebenarnye teringin nk tggu matahari terbenam..or sunset..hehehe..maka menanti lah kami enam org disitu...(nk tggu sunset).

sambil2 tu kami makan2... bergambar laa..main pasir la..main air laut la bagai..ermmm best tak ingat la kami..dah mcm setaun tak jumpa air laut...hahahaha


seronok nye kami !!!!!









heheheehe....mmg betul2 release tension dah kami ni..yg paling kiri tu ella, wiwie, ika, shiela, n hujung paling kanan tu kieya...ni la roomate2 ika....ohh ade lg sorang..ana..si ana tu yg tgh snap pic ni...heheheehe





tulisan ni si ella yang tuliskan..dia ckp utk memori kami kat ODEC ni..sbg tanda persahabatan..biar la persahabatan kami ni kekal sampai bila2...=)
then ika tiba2 teringat kat seseorang yg pernah wat tulisan pasir utk ika masa befday ika..hihi..rase rindu sgt kat org tuu..hmm...sweet sgt tulisan pasir yg dia wat utk ika...<3<3

masa kitorang tgh sibuk2 nak snap pic n tulis2 kat pasir ni...tiba2 ika tgk matahari dah nak terbenam..ika gtau la kat member2 ika..terus kelam kabut la dorang nak snap pic sunset tuu...yg ika ni pulak renung je sunset tu...subhanallah...sangat indah ciptaan Allah S.W.T...hampir menitis air mata ika..rasa terharu..kagum..bersyukur...sebab masih lg berpeluang dpt melihat ciptaan Allah s.w.t...dapat menghirup udara Allah S.W.T...syukur Ya Allah...dan ini semua membuatkan ika berfikir bahawa bertuah nye ika sbb dpt menikmati nikmat Allah Rabbulizzati....ALHAMDULILLAH.....=)








subhanallah....cantik kan...indah nya aturan Allah S.W.T....semoga peluang untuk menikmati ciptaan Allah s.w.t ini dapat ika manfaat kan sebaik baik nya...amin....=)

Thursday, 15 March 2012

ABDULLAH YASIR MUTTAQIN

assalamualaikum..salam satu malaysia..salam satu UMS kampus ceria...(dah mcm dekan bg ucapan pulak) huhu....

malam td ika bermimpi tentang sesuatu yg sgt bermakna n menusuk-nusuk kalbu ika ni...kui kui kui..actually tak la grand mane pun mimpi ika ni...ika juz mimpi pasal anak sedara ika..hmm tak tau la knp sejak akhir2 ni ika selalu mimpi psl die..agaknya sbb ika dah rindu sgt kat dy kut...ABDULLAH YASIR MUTTAQIN...ni la satu2 nye anak sedara yg ika ade...(setakat ni laa)..kami smua mmg ecxited laa bila dpt anak sedara ni..ye laa anak sedara yg first kan..for sure kami mmg manjakan dy n give more attention to him..klau boleh mmg 24 hours laa nk ngadap muka yasir tu..hik hik hik

masa ika cuti sem ritu mmg setiap la hari menatap muka yasir..dgr yasir menangis..dodoikan yasir..dukung yasir..bwk yasir jalan2...(depan umah jerk..) even penat melayan dy but there is something special feeling yg ika rasa...n the 'special feelings' ni laa yg membuatkan ika tak penah jemu nak layan yasir..mungkin ni laa yg dikatakan naluri keibuan...acecee...hehehehe
but before ika balik sabah  kami satu family kene hantar balik yasir p umah opah dy yg satu lagi..ye la..opah dy yg satu lg pun rindu yasir le juge..so kami pun hantar laa dy balik..nak kata sedih tu tak pyh ckp laa..sedih bukan kepalang la citer dy..rase nak nagis sbb terpaksa berpisah dgn anak sedara yg paling syg...(bunyi mcm byk anak sedara jerk :p)

then bila ika dah balik sabah lg laa perasaan rindu kat yasir tu makin membuak-buak..kadang2 rase mcm terdengar dengar ke bunyi yasir mengagah...suara ketawa dy..aduhh makin rindu pulak rasenye..mak ngah dy..(a.k.a kakak ika) ckap dy dah pandai nk bercerita..dah makin terer mengagah la tuu..rase mcm tak sabar je nak balik perak..nak tgk yasir..nak tggu cuti sem mmg lame lg laa baru dapat jumpa yasir..lagi 3 bulan baru dapat balik..ntah2 time tu yasir dah boleh berlari dah..hehehehe

tak pe la..ika menanti je dgn sabar..bile ika balik perak mesti yasir dah makin besar..lagi laa ika ecxited nak layan kerenah 'si budak atan' tuu..huuuuuhhhh......sabar ika...sabar...




 

                                                                   yasir.........